Connect with us

Jenayah

Letup mesin atm kedai serbaneka, larikan wang

KLANG: Dua perompak memecahkan sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah kedai serbaneka di pekan Meru, dekat sini, awal pagi tadi, sebelum melarikan sejumlah wang.

Difahamkan, kejadian disedari pekerja kedai itu ketika mahu membuka kedai, kira-kira jam 8 pagi, selepas mendapati pintu kaca kedai pecah, selain pintu pada mesin ATM sudah terbuka.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao, berkata kejadian itu dipercayai berlaku pada jam 4.50 pagi.

Katanya, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kejadian itu dipercayai dilakukan oleh dua individu yang memecah masuk kedai serbaneka melalui pintu hadapan.

Advertisement

“Kedua-dua suspek dipercayai meletupkan mesin ATM di dalam kedai serbaneka berkenaan sebelum melarikan sejumlah wang.

“Jumlah wang yang dilarikan masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

@malaysianupdatenews Letup mesin atm kedai serbaneka, larikan wang. #beritaditiktok #TrendingNewsMalaysia #malaysianupdate #jenayah ♬ Suspense image – 風人

Beliau berkata, polis kini giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Sumber: BH Online

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel