Connect with us

Kemalangan

Dipercayai ditinggal berseorangan di rumah, kanak-kanak 5 tahun maut jatuh tingkat 10

Kanak-kanak lelaki berusia lima tahun dilaporkan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 10 di kuarters kediaman Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kajang, Selangor, hari ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 8.20 pagi.

Mangsa dipercayai jatuh dari tingkat 10 dan ketika dikejarkan ke Hospital Canselor Tunku Mukhriz (HCTM), kanak-kanak 5 tahun itu sudah tidak sedarkan diri.

Ketika kejadian, mangsa dipercayai sedang duduk berseorangan di rumah.

Advertisement

“Usaha untuk menyelamatkan mangsa dijalankan pada jam 9.45 pagi namun mangsa disahkan meninggal dunia di HCTM. Siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan. Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat kes Inspektor Mohd Faeez Norzah di talian 013-2773407.”

“Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak melakukan pengabaian ke atas anak-anak bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.”

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 kerana kesalahan Pengabaian dan kematian diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Sumber: Harian Metro

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel