Connect with us

Jenayah

‘Guard’ ceroboh rumah wanita tengah malam, Siap sempat tukar baju dan cas telefon

Seorang wanita di Facebook, berkongsi detik-detik yang menakutkan apabila rumah kediaman miliknya dimasuki seseorang yang dikenali pada 10 Februari lalu kira-kira jam 12.14 pagi ketika dia dan anak-anaknya tiada di rumah.

Menerusi perkongsian seorang oleh Yuyun Nissa di Facebooknya, dia menceritakan detik cemas yang dialaminya apabila rumahnya dicerobohi seorang lelaki yang dikenalinya.

“Nak dijadikan cerita pada 10 Februari lalu sekitar pukul 12.14 tengah malam, Yuyun tak smpai rumah lagi dan masih dekat luar dalam perjalanan nak balik dari pergi makan.

“Tiba-tiba dapat pemberitahuan menerusi aplikasi CCTV dari dalam rumah ‘motion detected’ asyik berkelip-kelip, dan saya terus buka tengok rakaman langsung CCTV,” tulisnya menerusi hantaran yang dimuat naik baru-baru ini.

Advertisement

Tambah Yuyun, lelaki tersebut merupakan pengawal keselamatan yang bertugas di kawasan perumahannya.

“Allahuakbar sekali tengok ada seorang lelaki dalam rumah, lelaki tu macam familiar sangat, sekali tangok baju dia pakai rupanya pak guard perumahan Yuyun.

“Dia asyik berkeliaran dalam rumah naik turun tangga siap buka baju seluar semua dan sempat lagi dia WhatsApp Yuyun tanya dekat mana.

“Motif dia bukan nak mencuri atau merompak pun, dia memang nak cari Yuyun dan ada niat yang tak baik,” katanya.

Sementara itu, wanita berkenaan segera bertindak menghubungi kakak dan abang iparnya yang tinggal di lorong bersebelahan untuk menjenguk keadaan rumahnya ketika itu.

Advertisement

“Kita terus cepat-cepat hubungi kakak dan abang ipar suruh pergi tengokkan rumah.

“Bila abang ipar sampai je rumah terus lelaki itu lari keluar rumah sampai tertinggal baju kerja di atas sofa,” ujarnya.

Dalam pada itu, Yuyun memaklumkan laporan polis telah dibuat dan akhirnya lelaki berkenaan berjaya ditangkap.

Difahamkan, individu tersebut pernah terlibat dalam satu kejadian penyalahgunaan dadah dan motif pencerobohan masih di dalam siasatan pihak polis.

“Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga, esoknya juga dia dapat ditangkap dan polis bagi tahu dia ada kes dadah,” katanya lagi.

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel