Connect with us

Jenayah

Remaja perempuan 15 tahun dituduh membunuh bayi

KEMAMAN: Seorang remaja perempuan dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini atas tuduhan membunuh bayi lelaki yang baharu dilahirkannya minggu lepas.

Remaja berusia 15 tahun itu didakwa dengan sengaja membunuh bayi itu di sebuah rumah di Seri Bandi di sini, antara pukul 7 hingga 9 pagi, 8 Februari lepas.

Tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Advertisement

Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman menetapkan 16 Mac ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nur Azhani Azman manakala remaja terbabit diwakili peguam Nuraine Haziqah Shafii.

Dalam kejadian pada minggu lepas, polis menemui mayat seorang bayi dipercayai ditikam dengan objek tajam di bahagian dada sejurus selepas dilahirkan di rumah yang didiami remaja berkenaan. – Bernama

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel