Connect with us

Global

Isteri naik gila, perdaya suami untuk bersetubuh sebelum potong kemaluan suami dan cuba bunuh diri

Tular dimedia sosial seorang isteri di Lumajang, Jawa Timur, dilapor memotong kemaluan suaminya menggunakan pisau dapur.

Difahamkan dalam kejadian pada petang Jumaat, 18 Februari lalu, selepas bertindak memotong kemaluan suaminya, dia cuba membunuh diri namun sempat dihalang oleh lelaki itu.

Portal berita tempatan melaporkan sebuah video memaparkan wanita warga Desa Rojopolo, Kecamatan Jatiroto, Kabupaten Lumajang disyaki seperti khayal ketika berbuat tindakan tersebut terhadap suaminya itu.

Wanita berusia 25 tahun itu ditahan polis selepas cuba membunuh diri dan ketika ditahan pihak polis terpaksa mengikat tangannya selepas dia cuba memberontak di dalam kereta polis.

Advertisement

Menurut pegawai polis, Legiman Wahyudi berkata, kejadian bermula apabila wanita tersebut membawa suaminya masuk ke dalam bilik untuk bersetubuh  ketika itu. Namun semasa mangsa hendak menukar pakaian, wanita itu keluar dari bilik dan mengambil pisau di dapur.

Sebaik pulang ke bilik, wanita tersebut kemudian berpura-pura memeluk suaminya lalu menikam pisau dapur itu ke bahagian kemaluan lelaki tersebut.

Namun si suami bernasib baik kerana hanya mengalami kecederaan di bahagian hujung kemaluan. Kini, suami ‘malang’ itu terpaksa menjalani rawatan di Hospital Jatiroto.

Ketua Polis Daerah Jatiroto, AKP Rudi Isyanto mengakui polis ketika ini tidak dapat mengesahkan sebarang maklumat daripada pelaku kerana masih tertekan dan suspek dibawa ke keluarganya di Jember.

Sumber: Kompas TV

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

 

 

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel