Connect with us

Global

Putin arahkan kuasa nuklear Rusia dalam keadaan berwaspada!

Presiden Rusia Vladimir Putin telah mengarahkan tenteranya untuk meningkatkan status amaran serangan nuklear.

Terkini, amaran nuklear berada pada tahap tertinggi atau ‘special alert’.

Memetik dari portal BBC, pada Ahad (27/2/2022), Putin dilaporkan telah berjumpa dengan sejumlah  pegawai tinggi ketenteraan Rusia mengenai peningkatan status nuklear, ini termasuklah Menteri Pertahanan Sergei Shoigu.

Ini kerana Rusia menganggap negara Barat memberikan sekatan yang menyalahi undang-undang dan memberikan tindakan yang tidak menyenangkan Rusia.

Advertisement

Sementara itu, CNN melaporkan bahawa Putin berkata bahawa pegawai negara NATO membuat komen yang dianggap menyinggung perasaan Rusia. Oleh itu, kesediaan untuk serangan nuklear dipertingkatkan.

“Pegawai berpangkat tinggi di negara-negara NATO terkemuka telah membenarkan diri mereka membuat komen agresif tentang negara kita. Oleh itu, saya dengan ini mengarahkan menteri Pertahanan dan ketua-ketua Staf Am (Angkatan Bersenjata RF) untuk meletakkan Pasukan Pencegahan Tentera Rusia dalam keadaan berjaga-jaga pertempuran. ,” kata Putin dalam siaran televisyen.

“Sedia,” balas Shoigu.

@malaysianupdatenews Putin arahkan kuasa nuklear Rusia dalam keadaan berwaspada! #beritaditiktok #NewsAtTikTok #TrendingNewsMalaysia #malaysianupdate #russia #nuclear ♬ Intense Hollywood movie style trailer music – Shota Low Matsumoto

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel