Connect with us

Jenayah

Berang telefon bimbit dirampas, dua pelajar pukul guru agama sehingga mati

Dipercayai berang telefon bimbit dirampas, seorang ustaz di Pondok Pesantren Darus As’sadah di Samarinda, Kalimantan Timur, Indonesia dilaporkan meninggal dunia selepas dipukul oleh dua pelajar.

Memetik laporan portal berita Kompas, mangsa dikenali sebagai Eko Hadi Prasetya, 43, didakwa dipukul oleh dua pelajar (HR & AB) masing-masing berusia 17 tahun pada jam 5.30 pagi Rabu (23/2/2022) yang lalu.

Semasa penganiayaan terhadap mangsa, mereka berdua dilaporkan menyamar.

AB memakai topeng monyet, manakala rakannya HR memakai jaket yang mempunyai penutup dikepala.

Advertisement

Ketua Siasatan Jenayah Polis Sungai Kunjang, Ipda Bambang berkata motif kejadian dipercayai berpunca apabila telefon bimbit milik kedua-dua suspek dirampas pada waktu sekolah sehari sebelum mangsa dipukul.

Semasa kejadian mangsa dikatakan baru sahaja selesai menunaikan solat Subuh sebelum didatangi dua pelajar berkenaan yang meminta supaya telefon bimbit mereka dikembalikan semula.

Mangsa bagaimanapun dikatakan enggan memulangkan semula telefon bimbit berkenaan kerana pelajar tersebut dipercayai akan mengulangi kesalahan yang sama.

Berang dengan jawapan yang diterima, kedua-dua suspek bertindal memukul menggunakan kayu di bahagian kepala sehingga mangsa tidak berdaya untuk melawan. Kedua-dua suspek juga sempat melarikan diri selepas bertindak sedemikian rupa.

Mangsa kemudiannya dibawa ke hospital namun selepas beberapa jam dia disahkan meninggal dunia.

Advertisement

Kami telah menahan dua pelajar itu. Kes ini masih dalam siasatan, tetapi motif suspek adalah kerana telefon bimbit dirampas.

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel