Connect with us

Jenayah

Lelaki pukul warga emas di tengah jalan terima kecaman netizen

Seorang lelaki yang bertindak diluar kawalan dengan membelasah seorang warga emas di tengah jalan di Padang Jawa, Shah Alam, dipercayai akibat kemalangan dikecam orang ramai.

Video insiden itu dimuat naik oleh Mohd Faizal Wahid di Facebooknya, sebentar tadi.

Menerusi video berdurasi 21 saat itu, memaparkan lelaki terbabit yang memakai topi keledar sedang menumbuk berkali-kali di muka seorang warga emas dipercayai pemandu kenderaan Honda berwarna hitam di tengah jalan.

Mohd Faizal turut meluahkan rasa marah dan kesal dengan sikap biadap lelaki terbabit.

Advertisement

Katanya, apa-apa pun yang berlaku membabitkan kemalangan, tidak kira siapa betul atau salah, perlulah mengambil inisiatif yang baik dengan bersama-sama mencari jalan penyelesaian dan bukan bertindak sedemikian terutamanya kepada orang tua.

“Kejadian itu berlaku di sekitar Padang Jawa. Kau orang luar kalau kemalangan macam mana pun jangan la kau belasah orang tua ni dah tentu orang Padang Jawa.

“Bangang tu simpan sikit la kan tak pasal pasal kau kena angkut ke balai.. kalau bapak aku kau buat macam ni memang kau manusia tak guna.

“Kat Malaysia ni kalau sesiapa pun pukul orang confirm cerita balai punya,” katanya.

Namun, motif kejadian itu tidak diberitahu secara lanjut.

Advertisement

Rata-rata pengguna media sosial bengang dan marah dengan tindakan lelaki itu yang disifatkan kurang ajar serta meminta pihak polis mengambil tindakan.

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel