Connect with us

Jenayah

Padah pukul pesara di Padang Jawa, lelaki ditahan reman

Seorang pesara swasta berusia 61 tahun dipukul oleh seorang lelaki dalam satu kejadian di jalan bersebelahan jejantas Padang Jawa, Shah Alam tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa kira-kira pukul 2 petang berikutnya.

Menurut Mohd Iqbal, mangsa pada awalnya memandu bersama isteri dan cucu untuk ke Putrajaya jam lebih kurang 12 tengah hari.

“Semasa membelok ke kanan menghala ke Alam Avenue, suspek (yang) menaiki motosikal Yamaha Y15 yang berada di sebelah kiri kereta mangsa telah menjerit dan memarahi pengadu.

Advertisement

“Mangsa berhenti untuk memeriksa sekiranya ada perlanggaran, namun apabila keluar dari kereta, suspek terus menendang mangsa di dada kiri.

“(Malah) suspek juga telah duduk atas badan mangsa dan menumbuk muka dan kepala mangsa bertubi-tubi, menyebabkan mangsa mengalami bengkak bawah mata dan kepala serta sakit bahagian rusuk,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Difahamkan, suspek tersebut telah berjaya ditangkap dan bakal direman pada 23 Mei ini.

Sehubungan itu, kes disiasat di bawah Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan.

Justeru, mana-mana orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kes boleh menyalurkannya kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor Nur Syuhada di talian 018-9124770.

Advertisement

Sebelum itu, tular sebuah video di media sosial hari ini yang memaparkan mangsa dipukul bertalu-talu oleh suspek dalam kejadian tersebut.

Sumber: Facebook Polis (IPD) Shah Alam

@malaysianupdatenews Seorang emas dipukul oleh seorang lelaki tular dimedia sosial. Punca kejadian dipercayai akibat rasa tidak puas hati susulan kemalangan antara suspek dan mangsa.Lokasi: Padang Jawa Shah Alam🔹(Kalau ye pun pakcik tu salah.. Tak perlulah sampai pukul² pakcik tu Benda boleh bincang elok-elok kan.) #beritaditiktok #NewsAtTikTok #TrendingNewsMalaysia #malaysianupdate 📹 ♬ original sound – Malaysian Update

@malaysianupdatenews Part 3 ada dalam artikel. #beritaditiktok #NewsAtTikTok #TrendingNewsMalaysia #malaysianupdate ♬ original sound – Malaysian Update

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel