Connect with us

Global

Kisah tragis Ayesha Khan didera suami, terjun bunuh diri ke dalam sungai Sabarmati

Tular di media sosial sebuah video luahan perasaan serta pesanan terakhir daripada seorang wanita bernama Ayesha Banu Makrani (23 tahun) yang berdiri di tepi jambatan. Video itu dirakamnya sebelum dia bertindak untuk membunuh diri dengan terjun di Sungai Sabarmarti. Dalam video tersebut, Ayesha memberitahu,

“Hello, Assalamualaikum. Aku Ayesha Arif Khan. Apa yang dilakukanku sekarang adalah tanpa paksaan. Apa yang boleh aku cakap sekarang, hanya setakat ini hidupku atas ketentuan Tuhan dan aku telah melalui hidup yang singkat ini dengan aman. Ayah! Sampai bila ayah akan melawan? Tarik balik kes.”

“Tak perlu lakukannya lagi. Ayesha dilahirkan bukan untuk melawan. Aku cintakan Arif sepenuh hati, jadi mengapa kita perlu mengganggunya? Jika dia ingin kebebasan, maka biarkanlah dia bebas. Walau apapun, hidupku berakhir di sini. Aku berasa gembira kerana akan bertemu dengan Allah.”

“Di manakah silapku? Ibu bapaku adalah orang yang baik, begitu juga dengan rakan-rakanku. Namun ada sesuatu yang serba kekurangan. Mungkin dalam diriku. Mungkin juga dalam nasibku.”

Advertisement

“Aku gembira. Aku tidak lulus dengan tenang. Aku berdoa kepada Allah agar tidak ditunjukkan lagi muka manusia.”

“Ingatlah aku dalam doamu, siapa tahu aku akan masuk syurga atau sebaliknya. Apapun, selamat tinggal.”

Sebaik saja keluarga Ayesha menerima mesej video itu, mereka bergegas melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis. Namun semuanya sudah terlambat, Ayesha sudah pun mati lemas.

Ayesha sebelumnya telah berkahwin dengan seorang lelaki bernama Aarif Khan Gafurji pada bulan Julai 2018. Mereka berdua tinggal bersama di Jalore, Rajasthan. Apa yang berlaku kemudian, Ayesha didera secara fizikal dan mental oleh suami dan keluarga mentuanya secara berterusan hanya kerana dia memberikan mas kahwin yang sedikit.

Berdasarkan keterangan yang diberikan oleh bapa Ayesha iaitu Liaquat Ali, keluarga Aarif tetap menagih wang walaupun dia sudah memberikan sejumlah wang kepada mereka. Hinggalah beberapa bulan lepas, Ayesha dihantar semula ke rumahnya kerana bergaduh dengan Aarif. Sejak itu, Aarif telah berhenti untuk menghubunginya.

Advertisement

Lagi siri pendedahan yang mengejutkan adalah fakta Aarif yang menyuruh Ayesha menghantar video bunuh diri jika isterinya itu berhasrat benar-benar untuk mengakhiri hidupnya. Baru-baru ini, peguam Ayesha bernama Zafar Pathan telah mendedahkan satu surat tulisan Ayesha yang memang ditujukannya kepada Aarif.

Isi kandungan surat tersebut benar-benar menyayat hati di mana Ayesha menceritakan bahawa dia telah dikurung oleh Aarif dalam bilik selama empat hari tanpa diberikan sebarang makanan. Menyedihkan apabila Ayesha pernah mengalami keguguran bayi akibat layanan yang diberikan oleh Aarif. Paling mengecewakan Ayesha, suaminya itu dipercayai ada menjalinkan hubungan sulit dengan wanita lain.

Terkini Mahkamah Sesyen Ahmedabad telah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun kepada Aarif Khan kerana bersubahat membunuh diri isterinya. Ayesha Banu Makrani membunuh diri pada Februari tahun lalu.

Ayesha telah diganggu secara berterusan oleh suaminya, Khan, yang menyebabkan dia mengambil langkah membunuh diri. Dia merakam mesej video yang dihantar kepada keluarganya sebelum dia terjun ke sungai Sabarmati.

Ayesha telah bercakap dengan suaminya sebelum mengambil langkah yang tersebut. Polis Ahmedabad telah mengakses rakaman panggilan selama 70 minit di mana suaminya, Arif, boleh didengari memberitahu Ayesha, “Pergi mati dan hantarkan video kematian awak kepada saya”.

Advertisement

Dia telah berkahwin dengan Khan pada 2018 tetapi telah berpindah semula ke rumah ibu bapanya pada 2020 selepas didakwa mengalami gangguan mental dan fizikal oleh Khan. Malah pada 2019, kes telah difailkan terhadapnya dan keluarganya kerana keganasan rumah tangga dan gangguan mas kahwin. Khan akhirnya ditangkap pada Mac 2021.

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel