Connect with us

Global

‘KO’ kena penumbuk abang ‘guard’, rupanya bekas peninju pernah lawan lagenda Mike Tyson

Tular apabila seorang bekas peninju Britain, Julius Francis berjaya menumpaskan seorang lelaki yang sedang bergaduh dengan satu pukulan di luar BoxPark, Wembley. Beliau ketika itu bertugas sebagai pengawal keselamatan disitu cuba meleraikan pergaduhan melibatkan sekumpulan lelaki.

Insiden tersebut bermula dengan seorang lelaki yang dilapor bengang dan berkelakuan agresif apabila terdengar orang memaki hamunnya.

Francis dan beberapa pengawal keselamatan yang lain dilihat berjaya menjauhkan lelaki berkenaan daripada kawasan BoxPark. Bagaimanapun, ketika peninju yang pernah berdepan dengan Mike Tyson itu ingin berundur, dia diasak dengan kasar oleh lelaki berkenaan secara tiba-tiba.

Tanpa berlengah, Francais melepaskan satu tumbukan yang membuatkan lelaki tersebut terus tersungkur tidak sedarkan diri.

Advertisement

Ekoran daripada penularan rakaman tersebut, polis melancarkan siasatan membaitkan pertelingkahan berlaku antara kakitangan keselamatan dan orang awam di luar Boxpark, Wembley.

Siasatan diadakan termasuklah bagi mengenal pasti identiti mereka yang terlibat.

Menurut jurucakap BoxPark, “Kejadian ini kini dalam penilitian kami dan sebahagian daripada siasatan yang sedang dijalankan polis, justeru kami tidak dapat mengulas lanjut mengenai kejadian itu buat masa ini”.

“Kami ingin menekankan bahawa keselamatan dan kebajikan pelanggan dan kakitangan kami adalah keutamaan nombor satu kami.

“Difahamkan Julius dan pasukan keselamatan kami meluangkan masa selama 15 minit untuk menghalang lelaki itu dan rakan-rakannya daripada mendera, meludah dan memukul pelanggan dan kakitangan kami,” kata jurucakap itu lagi.

Advertisement

Terdahulu, Julius Francis selaku bekas peninju pernah menentang lagenda dan antara peninju terbaik dunia, Mike Tyson.

Kali terakhir peninju itu bertinju adalah pada 2006 dan selepas bersara, dia bekerja di sebuah syarikat kecergasan sebagai pengawal keselamatan.

Sumber: The Sun/SiakapKeli

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel