Connect with us

Global

Detik cemas kapal layar ‘super’ sepanjang 130 kaki karam di pantai Itali

Detik dramatik sebuah kapal layar ‘super’ sepanjang 130 kaki karam di pantai selatan Itali berjaya dirakam selepas dipercayai mengalami masalah pada lewat malam.

Kapal layar yang dibina di Monaco pada 2007 itu, sedang belayar dari Gallipoli ke Milazzo di pulau Sicily pada Sabtu malam apabila bencana melanda.

Semasa menyeberangi Teluk Squillace kapal itu dilaporkan mengalami masalah, dan kapten telah menghantar panggilan kecemasan pada lewat malam.

Kapal pengawal pantai telah dihantar dari pelabuhan Crotone dan mendapati bahawa bot itu telah separuh tenggelam di dalam air di sekitar sembilan batu nautika dari Catanzaro Marina.

Advertisement

Empat penumpang dan seorang anak kapal yang kesemuanya berbangsa Itali telah segera dibawa turun dari kapal layar, meninggalkan empat anak kapal lain termasuk kapten yang cuba menyelamatkan kapal itu.

Sebuah bot tunda kemudiannya dihantar dari Crotone untuk menunda kembali kapal itu ke pelabuhan.

Operasi menyelamat telah dijalankan, namun kapal itu sudah mula tidak seimbang dan terus ‘ditarik’ air. Hal ini dapat dilihat menerusi rakaman yang diambil oleh pengawal pantai Itali apabila bahagian belakang kapal itu ‘hilang’ dihanyut ombak.

Keadaan itu memaksa penyelamat berhenti menariknya dan kemudian ia secara keseluruhannya tenggelam dengan sangat pantas sekitar jam 1 tengah hari pada Ahad lalu.

Siasatan kini telah dilancarkan untuk mencari punca kapal layar itu tenggelam.

Advertisement

Sumber: Daily Mail

Jemput subscribe 👉 https://bit.ly/3zmvvMC

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel