Connect with us

Jenayah

Kantoi ceroboh asrama perempuan, 3 pelajar lelaki ditahan selepas cuba tarik seluar mangsa yang sedang tidur

Tiga pelajar lelaki ditahan warden selepas kantoi menceroboh asrama perempuan di sebuah sekolah di Alor Setar dalam kejadian awal pagi Khamis lalu.

Perbuatan keji mereka terbongkar selepas mangsa yang juga pelajar tingkatan satu membuat laporan polis semalam.

Menurut sumber, pada malam kejadian dia sedang tidur di lantai bilik asrama. Namun terjaga dari tidur pada jam 2.30 pagi selepas merasakan ada seseorang yang sedang menarik seluar panjangnya.

Ketika kejadian berlaku, mangsa ternampak seorang lelaki tidak dikenali yang kemudian terus bersembunyi di bawah katil di sebelahnya.

Advertisement

Mangsa turut ternampak seorang lagi lelaki berada di bawah katil yang sama dengan lelaki yang menarik seluarnya sebelum itu.

Bimbang mangsa menjerit, dua suspek terbabit terus berlari keluar dari bilik asrama. Tetapi nasib tidak menyebelahi mereka, lalu ditahan oleh warden yang kebetulan melakukan rondaan di kawasan itu.

Hasil pemeriksaan mendapati, kesemua suspek berkenaan merupakan pelajar tingkatan dua dan menceroboh kawasan asrama pelajar perempuan.

Suspek memberi alasan kononnya mereka berada dalam bilik asrama perempuan untuk mengambil barang. Namun mangsa mendakwa alasan yang diberikan itu tidak masuk akal kerana seluarnya ditarik oleh suspek ketika tidur, lalu tampil membuat laporan polis.

Polis kini sedang menjalankan siasatan berhubung kes tersebut.

Advertisement

Sumber: Berita Harian

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel