Connect with us

Global

Terlebih Makan Ubat Kuat, Pengantin Baru Dilapor Maut

Gara-gara terlebih makan ubat kuat, pasangan pengantin baharu dijumpai maut di hotel tempat mereka menginap dalam kejadian di Indonesia, lapor Tribun News.

Ketua Polis Bahagian Perhubungan Awam Daerah Karanganyar Bripka Aditya Prima Sakti mendedahkan punca kematian mangsa adalah disebabkan saluran darah pecah.

“Perkara tersebut didakwa berlaku disebabkan pasangan itu telah mengambil ubat kuat terlalu banyak.

“Ubat kuat itu telah merangsang denyutan jantung untuk berdenyut lebih laju dan menyebabkan saluran darah pecah dan mati,” kata Aditya.

Advertisement

Aditya berkata pihaknya turut menemui beberapa bukti di tempat kejadian seperti satu botol kosong ubat kuat dan satu botol ubat cirit-birit yang telah digunakan.

Selepas dibedah siasat, Ketua Bahagian Undang-undang dan Perhubungan Awam Hospital Mahmud Azis Arifin menegaskan tiada kesan keganasan fizikal pada tubuh mangsa.

Mangsa lelaki dikesan mengalami pendarahan di mata dan mempunyai beberapa kesan melecet di badan, manalala isterinya pula mempunyai luka di bahagian bawah mulut.

Aziz berkata beliau tidak menyangka dadah memberikan kesan seteruk itu kepada kedua-dua mangsa terbabit.

“Kami hanya terkejut bahawa kesan ubat itu sangat hebat,” ujarnya memetik Tribun News.

Advertisement

Pada Sabtu, pasangan itu bertolak dari rumah mereka dari Kota Solo dan menuju ke hotel di daerah Karanganyar sekitar jam 4.30 petang (waktu Indonesia).

Pasangan itu menginap sehingga Ahad jam 2.00 petang namun mereka mahu melanjutkan penginapan sehingga pukul 4.00 petang.

Namun kecurigaan mula timbul apabila pasangan tersebut tidak keluar pada 6.00 petang sebelum pekerja hotel memutuskan untuk pergi ke bilik mereka.

Segala persoalan akhirnya terjawab selepas mereka terkejut apabila mendapati mangsa ditemui mati di dalam bilik sebelum satu laporan dibuat kepada pihak polis.

Sumber: Tribun News/SiakapKeli

Advertisement

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel