Connect with us

Terkini

Usahawan Kosmetik Terkenal, ‘Sifu Lentik’ Meninggal Dunia

Usahawan kosmetik terkenal, Muhd Irfan Abdullah dilapor telah meninggal dunia pada petang tadi dipercayai akibat menghidap penyakit kanser.

Mohd Irfan Abdullah, 31, atau lebih dikenali sebagai Sifu Kunyit @ Sifu Lentik Kosmetik Hq telah meninggal dunia pada petang tadi 14 Jun 2023, Rabu.

Menurut Pertubuhan Sentuhan Setia Kasih (PSSK), jenazah telah selesai dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Tandang, Petaling Jaya.

“Jutaan terima kasih kepada semua sukarelawan yang membantu.

Advertisement

“Terima kasih kepada abang Allahyarham yang menyampaikan sumbangan sedekah kepada wakil pertubuhan PSSK,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada Rabu.

Dalam pada itu, rakan Allahyarham turut berkongsi berita duka itu di laman Facebook.

Khairul Iman Syah Iman yang merupakan rakan sewaktu Muhd Irfan belajar dahulu menyatakan arwah dikenali sebagai panggilan Cempaka sewaktu zaman belajar.

“Dukacita dimaklumkan sahabat batch Dpim 47 UiTM Pahang Muhd Irfan Abdullah atau dikenali Cempaka telah kembali ke rahmatullah.

“Sebagai sahabat satu batch dan berada dalam kelas yang sama sepanjang pengajian, mengenali arwah dengan teladan yang baik.

Advertisement

“Sama-sama kita mendoakan semoga dikurniakan keberkatan atas kebaikan sepanjang hayatnya,” tulisnya.

Dalam pada itu, seorang pengguna Facebook Azie Nawawi yang pernah berurusan dengan Muhd Irfan turut membuat satu hantaran di Facebook menyatakan kebaikan arwah.

Katanya, Muhd Irfan memiliki peribadi yang baik dan ramai yang senang dengan sifat yang ditunjukkan olehnya.

“Client saya yang juga seorang pempengaruh dan usahawan kosmetik baru sahaja meninggal dunia.

“Sepanjang berurusan dan menyewa kondo yang kami uruskan, dia sangat baik dan tidak memberi sebarang masalah kepada vendor,” katanya.

Advertisement

Difahamkan juga, Muhd Irfan sangat aktif menjual baju, barang kemas dan kosmetik secara dalam talian.

Dia juga sering membuat siaran langsung di platform media sosial untuk memasarkan produknya.

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel