Connect with us

Terkini

Mayat warga emas hilang ditemui dalam perut buaya

Misteri kehilangan seorang lelaki warga emas yang gagal dikesan selepas turun ke botnya di sungai Kampung Mas-Mas Nasib Kita di sini pada 19 Julai lalu, terjawab apabila mayat mangsa ditemui dalam perut seekor buaya hari ini.

Mangsa, Addi Bangsa, 60, ditemui oleh Jabatan Hidupan Liar (JHL) Tawau pada hari keempat operasi kira-kira pukul 3 pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, pihaknya mendapat maklumat daripada JHL mengenai penemuan itu pada pukul 7.30 pagi tadi.

Katanya, pasukan JHL memaklumkan menemui seekor buaya yang dipercayai membaham mangsa dan bertindak menembak mati reptilia berkenaan yang dianggarkan sepanjang 14 kaki dan seberat 800 kilogram.

Advertisement

Pasukan JHL kemudiannya bertindak membelah perut buaya berkenaan dan menemui anggota badan manusia dipercayai milik mangsa.

“Seterusnya, pengecaman identiti mangsa dilakukan oleh ahli keluarganya di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Jemishin memaklumkan pasukan bomba menjalankan pemeriksaan akhir bagi memastikan lokasi kejadian selamat sebelum operasi ditamatkan pada pukul 11 pagi tadi.

Pada 19 Julai lalu, mangsa dilaporkan hilang dipercayai dibaham buaya ketika turun ke botnya di sungai berkenaan kira-kira pukul 4 pagi.

Pasukan bomba yang menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.03 pagi Khamis lalu terus mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di sepanjang muara sungai dengan radius pencarian tiga kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Advertisement

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel