Connect with us

Terkini

Lepuk dengan kertas saja, bukan kayu…

Tular video tindakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor seolah-olah mahu mengetuk kepala seorang gadis dengan kertas baru-baru ini mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Susulan daripada insiden tersebut, Sanusi terpanggil untuk mempertahankan tindakan yang dilakukannya dan keterangan itu dimuat naik semula dalam laman Facebook rasmi PAS Kawasan Sik.

Kenyataan tersebut berkata, Sanusi bertindak sedemikian kerana pelajar tersebut lewat menghantar surat permohonan sumbangan bagi pendaftaran ke institusi pengajian tinggi.

Kenyataan itu turut memberitahu bahawa reaksi berkenaan adalah gurauan penduduk dimana alatan yang digunakan oleh Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah itu hanyalah kertas dan bukannya kayu.

Advertisement

“Anak tu nak masuk politeknik esok hari (kelmarin dulu). Pada hari tu baru nak bagi surat minta sumbangan. Kena lepuk lah tapi tetap bagi juga RM650 untuk beli barang dia masuk politeknik.

“Lepuk dengan sehelai kertas (surat) saja, bukan dengan kayu. Melawak dengan anak-anak, macam tu lah cara kami kat kampung ni melawak.
“Suruh mereka pergi tanya budak tu dengan mak dia lah. Dia ada rasa macam mereka tu tengah kata tak?

“Ukur orang Kedah bergurau pakai pembaris KL memang tak jumpa yang lurus lah,” tulis akaun Facebook berkenaan memetik semula kenyataan Sanusi.

Terdahulu, video berdurasi 18 saat itu tular memaparkan ADUN Jeneri itu bertindak mengetuk kepada seorang perempuan dengan menggunakan kertas sebelum kedengaran gelak tawa orang sekeliling.

Susulan itu, Timbalan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Amira Aisya Abd Aziz menyifatkan tindakan Menteri Besar Kedah tersebut adalah sangat tidak beradab.

Advertisement

Sumber: Facebook Pas Kawasan Sik, X @AzmawiAzizan

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel