Seorang imam di Masjid Mahmudi Mukim Kedai Melor dilaporkan meninggal dunia selepas selesai membacakan khutbah dan solat Jumaat kelmarin.
Imam Tua, Mohd Zamai @ Suhaimi Ibrahim (73), didapati rebah sejurus selepas memberi salam pada tahiyat akhir kira-kira jam 2.00 petang tadi.
Penghulu Mukim Padang Raja, Fadli Shah Ismail berkata, arwah sempat menyampaikan khutbah Jumaat dan mengimamkan solat Jumaat.
Arwah telah menyampaikan khutbah bertemakan kemerdekaan di hadapan kira-kira 700 makmum di dalam masjid itu.
Tambahnya, sebelum itu, Mohd Zamai telah selesai mengimamkan solat Jumaat. Kemudian, arwah mendirikan solat sunat sebelum didapati rebah ke kiri sebaik sahaja selesai memberi salam.
“Makmum yang berada di masjid membantu dan menghubungi ambulans.
“Pegawai perubatan dari Klinik Mahligai Melor yang memeriksa keadaannya mengesahkan dia sudah meninggal dunia,” katanya.
Menurut Fadli Shah, jenazah imam tersebut telah dihantar ke rumahnya dengan menggunakan van jenazah milik Masjid Mahmudi Mukim Kedai Melor.
Menurut laporan Sinar Harian, Allahyarham telah menabur bakti sebagai imam tua di masjid tersebut kira-kira lebih 20 tahun.
“Solat jenazah akan diadakan di masjid itu selepas Isyak dan pengebumian akan dilakukan di Tanah Perkuburan Mahligai,” ujarnya.
Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI
Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI
Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI