Connect with us

Global

Gara-Gara Kekasih Lari, Wanita Terpaksa Kahwin Dengan Bapa Mentua

Satu situasi yang tidak dijangka telah menimpa seorang wanita di Indonesia apabila terpaksa berkahwin dengan bakal bapa mentuanya sendiri kerana kekasih hatinya yang menjadi calon suaminya melarikan diri sebelum perkahwinan berlangsung.

Lapor Tribun News, calon suami wanita tersebut telah melarikan diri pada Selasa lalu sebelum majlis akad nikah bermula.

Apabila keluarga wanita itu mengetahui calon suaminya telah melarikan diri, mereka bergegas ke lokasi akad nikah.

“Para tetamu sudah datang menghadiri jemputan perkahwinan itu.

Advertisement

“Keluarga lelaki itu kemudian mengatakan anak mereka hilang tanpa disedari,” kata salah seorang ahli keluarga wanita itu.

Disebabkan kejadian yang tidak dijangka berlaku, bapa pengantin lelaki mengambil tempat anaknya dan menikah dengan wanita tersebut.

Menerusi video dimuat naik oleh akaun @in_formania pada Sabtu, kelihatan seorang lelaki yang memakai baju batik lengan panjang duduk berhadapan dengan individu yang dipercayai sebagai bapa lelaki itu.

Majlis tersebut kemudian diteruskan dengan proses ijab dan kabul antara wanita dan lelaki yang sepatutnya menjadi bapa mentuanya.

Insiden itu kemudiannya tular di media sosial selepas mendapat perhatian orang ramai di Indonesia.

Advertisement

Menurut ahli keluarga wanita tersebut, gadis itu telah menjalinkan hubungan yang agak lama bersama kekasih hatinya.

Difahamkan juga, keluarga pengantin mengalami kerugian sebanyak RM7,600 untuk persiapan majlis perkahwinan tersebut.

Bagaimanapun, pihak pengantin perempuan tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas lelaki itu.

“Saya tidak terfikir untuk melaporkan perkara itu kepada polis lagi.

“Kami akan tunggu (lelaki tersebut pulang),” katanya.

Advertisement

Dia kemudiannya mengakui berasa malu dan terhina atas kejadian yang menimpa ahli keluarganya tersebut.

Oleh sebab itu, dia berharap orang ramai yang ternampak kekasih hati wanita itu untuk segera melaporkan kepadanya.

Dia turut berharap lelaki itu akan pulang ke pangkuan keluarganya dan memberikan penjelasan ke atas tindakannya.

Sumber: SiakapKeli & Tribun News

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel