Connect with us

Terkini

Rahman ucap terima kasih rakyat Malaysia beri sokongan moral

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah yang mampu digambarkan mengenai situasi Abdul Rahman Amir Ruddin, 19, yang hilang enam ahli keluarganya sekelip mata dalam satu kemalangan baru-baru ini.

Sejak hari pertama kejadian itu berlaku, Abdul Rahman tidak henti-henti mendapat ucapan dan kata-kata semangat, selain ramai juga yang tampil untuk membantunya.

Terharu dan bersyukur, Abdur Rahman telah membuat satu lagi video dengan menzahirkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak terutamanya rakyat Malaysia kerana memberikan sumbangan serta sokongan moral kepadanya dalam melalui detik sukar ketika ini.

“Bismillahirahmannirahim, assalamualaikum w.b.t. Saya Abdur Rahman Amir Ruddin nak ucapkan ribuan terima kasih kepada penyokong-penyokong yang selalu menyokong yang ada di belakang saya, yang tak henti-henti memberikan sumbangan dan sokongan moral.”

Advertisement

“Supaya Allah dapat membalasnya dengan sebaik-baik balasan kepada rakyat Malaysia, terima kasih,” ujarnya dalam unggahan terbaru di TikTok.

Dia juga sempat menulis di ruangan kapsyen bahawa rakyat Malaysia memang hebat semuanya kerana sentiasa ada dalam apa keadaan sekalipun.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memberikan semangat kepada Rahman dan mendoakan agar dia terus tabah melalui ujian ini.

Sebahagian besar warganet luluh hati melihat senyumannya sambil mendoakan Rahman terus kuat dan kembali bersemangat mendepani kehidupan seperti sediakala.

Mereka juga berharap supaya kehidupan Rahman dapat diteruskan dengan baik dan segala urusannya dipermudahkan, InsyaAllah.

Advertisement

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

@rahmanlah

orang malaysia hebat semuanya🥰🤍

♬ Jiwa Yang Bersedih – Ghea Indrawari

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel