Connect with us

Global

Terperosok dibawah platform, lelaki dilanggar kereta api terselamat

Thailand – Seorang lelaki berusia 55 tahun selamat selepas dilanggar sebuah kereta api di stesen terbiar Khlong Khwang Klan, wilayah Chachoengsao semalam, lapor laman berita Thaiger.

Mangsa yang dikenali sebagai Somboon, bernasib baik kerana tercampak ke dalam terowong sempit di bawah platform stesen tersebut selepas dilanggar kereta api barang.

Operasi menyelamat mengambil masa 40 minit sebelum mangsa dibawa ke sebuah hospital berdekatan.

Pasukan kecemasan bagaimanapun menghadapi kesukaran membawa keluar mangsa kerana keadaan terowong yang sempit dengan anggaran lebar 30 sentimeter selain dia tidak dapat bergerak.

Advertisement

Tidak dipastikan bagaimana Somboon berada di platform tersebut kerana dia kebiasaannya dikatakan pergi ke situ sambil ditemani isterinya disebabkan mengalami masalah kesihatan mental.

Tren tersebut meneruskan perjalanan ke pelabuhan Laem Chabang selepas kemalangan berlaku. – AGENSI

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel