Friday, December 05, 2025

Konduktor bas pengsan kena penangan bau durian

September 15, 2023
1 min read

Seorang konduktor bas pitam selepas menghidu bau buah durian yang dibawa penumpang dalam insiden yang turut menyebabkan kenderaan pengangkutan awam itu mengalami kelewatan, lapor portal berita Mothership semalam.

Kussama Srisong menerusi hantaran di laman Facebook pada 8 September lalu berkata, dia sukar bernafas dan pengsan selepas menghidu aroma raja buah itu.

Keadaan itu berlaku katanya, kerana dia alah pada durian.

Kata Kussama lagi, selepas menyedari penumpang tersebut membawa durian, dia menegurnya kerana buah durian dilarang dalam pengangkutan awam di Thailand.

Berdasarkan gambar yang dikongsikan, Kussama dilihat terbaring di atas tempat duduk bas sambil dibantu oleh dua individu.

Tambah Kussama, insiden itu menyebabkan perjalanan bas mengalami kelewatan.

“Apabila anda membawa durian ke dalam bas, bukan sahaja anda tidak boleh meneruskan perjalanan, orang lain juga terpaksa pulang lewat ke rumah disebabkan anda,” katanya pada hantaran tersebut. – AGENSI

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

HANGAT MINGGU INI

Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Kembali ke Rahmatullah

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66,

Kes Lemas Taman Prima Saujana: Adik Meninggal Dunia Di Hospital, Abang Masih Hilang – Polis

KAJANG – Seorang kanak-kanak lelaki yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dan dihanyutkan