Connect with us

Terkini

“Ayah Kerja Nak…” – Ayah pujuk anak saat ditangkap polis sekali lagi runtun hati netizen

Baru-baru ini, tular satu video sedih memaparkan seorang ayah cuba memujuk anak perempuannya di saat ditangkap oleh anggota polis.

Kejadian itu berlaku di Pangkalpinang, Indonesia.

Memetik laporan media antarabangsa, detik.com, video tersebut merupakan video lama yang ditularkan semula di media sosial sejak Jumaat.

Difahamkan, lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Alhadi atau Hadi ditangkap selepas dia terlibat dalam satu pergaduhan dan menetak jirannya menggunakan parang.

Advertisement

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Pangkalpinang, Evry Susanto berkata, video yang tular di media sosial itu sebenarnya berlaku pada 2021.

“Suspek (Hadi) ditahan pasukan Naga Polis Pangkalpinang pada 10 Julai 2021 selepas menetak mangsa, Cahya Ferdian. Mangsa cedera di kepala, bahu dan tangan selepas ditetak dengan parang.

“Kejadian bermula apabila mangsa datang ke rumah suspek dan memberi amaran supaya tidak membuat sebarang bunyi bising.

“Ketika kejadian, suspek sedang mengajar anaknya. Kerana dianggap bising, mangsa pergi ke rumah suspek dan menegur mereka sehingga menyebabkan Hadi marah dan berlaku pergaduhan,” katanya ketika dihubungi.

Walaupun ia merupakan video lama, namun ia tetap menarik perhatian warga maya kerana mereka terharu melihat tindakan Hadi yang cuba memujuk anak perempuannya itu.

Advertisement

Melalui video tersebut, kelihatan anak perempuan Hadi menangis dan kedua-duanya dilihat saling berpelukan.

Malah, saat ditangkap, Hadi terpaksa menipu anaknya itu bahawa dia akan pergi bekerja untuk tempoh yang agak lama.

Menurut seorang warga maya, walaupun Hadi melakukan kesalahan besar sehingga mencederakan jirannya namun dia berjaya menjadi seorang ayah yang baik. — Agensi

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel