Tuesday, December 09, 2025

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

May 5, 2024
1 min read

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di Sungai Balak, Batang Kali hari ini.

Memetik laporan Sinar Harian, Mangsa terdiri daripada seorang lelaki warga tempatan berumur 43 tahun dan dua anaknya iaitu seorang kanak-kanak perempuan berumur sembilan tahun dan kanak-kanak lelaki berumur enam tahun.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, pihaknya sebelum itu menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 1.09 tengah hari.

“Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Baharu dibantu Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam dan Pelabuhan Klang kemudiannya dikejarkan ke lokasi kejadian untuk menjalankan kerja menyelamat.

“Mangsa terdiri daripada seorang lelaki dewasa dan dua kanak-kanak yang dipercayai lemas ketika mandi di sungai berkenaan,” katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, ketiga-tiga mangsa berjaya ditemui pada jam 1.35 tengah hari pada jarak kira-kira 30 meter dari lokasi mereka mandi.

“Mayat kesemua mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Kuala Kubu Baharu untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ahmad Faizal Tahrim ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Menurutnya, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

Sumber: Sinar Harian

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

HANGAT MINGGU INI

Aceh Dilanda Banjir Lumpur, Dakwaan Bantuan Pertama Datang Dari Malaysia Tular di Media Sosial

ACEH – Banjir besar yang melanda Aceh terus meninggalkan kesan yang menyentuh

Ahli Parlimen Padang Serai Didakwa Subahat Kes Rasuah RM400,000

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Padang Serai Datuk Azman Nasrudin hari ini