Connect with us

Kemalangan

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas penghadang besi di Kilometer 13.9 Buttetworth-Kulim Ekspresway.

Dalam nahas pada Sabtu itu, mangsa dikenali Irfan Azim, 19, berasal dari Kampung Surau Bakai, Kuala Ketil disahkan meninggal dunia semasa sedang menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, pihak polis menerima laporan berkaitan kemalangan membabitkan motosikal dan lori itu kira-kira jam 12.20 tengah hari.

Menurut Helmi, siasatan mendapati bahawa mangsa yang menuju ke Seberang Jaya dari arah Kulim dipercayai bergesel dengan sebuah lori dari arah sama.

Advertisement

“Akibat kejadian itu, motosikal mangsa terbabas ke sebelah kiri jalan raya hingga menyebabkan dia mengalami kecederaan parah di bahagian tangan dan kaki sebelum dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya untuk mendapatkan rawatan.

“Bagaimanapun, ketika sedang menerima rawatan mangsa disahkan telah meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Pada Sabtu, tular rakaman video papan pemuka sebuah kenderaan yang memaparkan kejadian ngeri terbabit termasuk keadaan mangsa tercampak ke atas besi penghadang di tepi lebuh raya.

Menerusi video itu, mangsa dilihat tidak sempat mengelak dari lori yang tiba-tiba merapat ke lorong kecemasan di sebelah kiri lebuh raya hingga menyebabkan mangsa terbabas.

Difahamkan bahawa ketika kejadian berlaku, lorong laluan motosikal di lebuh raya berkenaan sedang dalam kerja-kerja penyelenggaraan.

Advertisement

Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana kemalangan yang mengakibatkan kematian.

Dalam pada itu, orang ramai yang mempunyai maklumat atau menyaksikan kemalangan itu diminta untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah SPT di talian 04-5301342 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Sumber: Sinar Harian

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel