Hishammuddin Hussein – Foto: Berita Harian
Bekas menteri pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein
berkata anggota pasukan khas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menjadi
pegawai pengiringnya hanya berkhidmat untuk sementara waktu sahaja.

Bagaimanapun, beliau berkata telah menawarkan mereka untuk
bekerja dengannya hanya jika mereka meletakkan jawatan dalam tentera.

“Mereka cukup rapat dengan saya sekeluarga dan telah
berkhidmat sekian lama. Mereka dengan saya hanya sementara.

“Saya telah menawarkan kerja tetapi jika mereka terima
maka mereka harus berhenti dari Angkatan Tentera Malaysia dengan
serta-merta,” kata Hishammuddin di Twitter.

Beliau mengulas laporan Malaysiakini yang memetik Menteri
Pertahanan Mohamad Sabu mengarahkan siasatan terhadap dua anggota Pasukan Khas
Laut (Paskal) dan seorang komando ATM yang masih berkhidmat di bawah
Hishammuddin sebagai pegawai pengiringnya.

Sumber memberitahu Malaysiakini, ketiga-tiga anggota pasukan
khas ATM itu sepatutnya tamat berkhidmat dengan Hishammuddin selepas Pakatan
Harapan mengambil alih pentadbiran.

Bagaimanapun, mereka masih meneruskan khidmat di bawah
Hishammuddin, dengan satu sumber mendakwa mereka mendapat bayaran berganda
daripada bekas menteri itu dan ATM.

Mohamad berjanji tindakan yang sesuai akan diambil terhadap
ketiga-tiga anggota pasukan khas ATM itu jika didapati melanggar sebarang
peraturan.

Pegawai berkenaan dilaporkan berkhidmat dengan Hishammuddin
sejak beliau menjadi menteri pertahanan pada 2013. – Malaysiakini

They are so close to my family and I, having served us for so many years. They are only with me for a temporary period. I have offered them employment, but if they accept they must resign from the Armed Forces with immediate effect. https://t.co/CDLVUhmDiF— Hishammuddin Hussein (@HishammuddinH2O) August 25, 2018