Connect with us

Jenayah

Kes ‘Road Bully’: Lelaki tukar pengakuan tidak bersalah lepas dengar hukuman denda maksimum RM15,000 & penjara lima tahun jika bersalah

Selepas tular video kes buli jalanraya, seorang lelaki hari ini telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kampar atas pertuduhan memandu kereta dengan cara merbahaya di KM306 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan pada Sabtu lalu.

S Sugendran, 40, didakwa selepas video yang memaparkan dua kereta berhenti di lebuh raya dan seorang lelaki bertindak mengacukan pengunci stereng kepada kenderaan lain tular di laman sosial Facebook.

Loading…

Menurut portal Sinar Harian, tertuduh yang juga bekerja sebagai pengurus kafe telah didakwa memandu kereta jenis Toyota Vios dengan cara merbahaya kepada orang awam iaitu memberhentikan keretanya di tengah jalan secara tiba-tiba.Sugendran dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kampar hari ini atas pertuduhan memandu kereta secara merbahaya.

Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman denda maksimum RM15,000 dan penjara lima tahun jika sabit kesalahan.

Advertisement

Bagaimanapun tertuduh pada awalnya mengaku salah menukar pengakuan kepada tidak bersalah selepas dimaklumkan mengenai hukuman penjara yang bakal dihadapinya ketika rayuan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Norashikin Hassanor manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Siti Hajar Hamzah.

Baca: Polis buru samseng kunci stereng daripada Perak sampai ke Banting – Suspek ‘Road Bully’ kena cekup!

Majistret Nur Faizah Muhamad Saleh kemudiannya membenarkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 11 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel