Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah hari ini mengesahkan bahawa 212 kes positif lagi dilaporkan sehingga jam 12 tengah hari tadi.
Menerusi satu sidang media yang dilakukan sebentar tadi, Dr Noor Hisham berkata daripada 212 kes baru, 123 dari kluster tabligh manakala selebihnya kontak rapat, PUI dan masih dalam siasatan.
Loading…
Dalam pada itu 57 kes daripada jumlah itu kini sedang dirawat di ICU dan 27 kes yang lain kini sedang memerlukan alat bantuan pernafasan.
Beliau juga turut melaporkan empat kematian baru, menjadikan jumlah kematian kepada 14 orang.