KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) — Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut dipercayai dicampak dari tingkat empat sebuah apartment di Danau Kota, di ibu negara.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Rajab Ahad Ismail ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian berlaku pagi tadi dan polis masih menyiasat punca kejadian selain pasukan forensik melakukan siasatan di lokasi kejadian.
“Mayat kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat,” katanya.
Bernama difahamkan butiran lanjut berhubung kejadian terbabit akan dimaklumkan dalam kenyataan media oleh polis Wangsa Maju.
— BERNAMA
Seorang kanak-kanak berusia lima tahun maut dipercayai dicampak dari tingkat 4 sebuah apartment di Danau Kota, Kuala Lumpur – Polis pic.twitter.com/pBRHbCKCqY
— BERNAMA (@bernamadotcom) November 29, 2020