KUALA LUMPUR – Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah perkenan cadangan kerajaan untuk menubuhkan Jawatankuasa Bebas melibatkan ahli-ahli parlimen pihak kerajaan dan pembangkang.
Titah Seri Paduka Baginda menerusi satu perutusan, turut sama yang terlibat dalam usaha tersebut adalah pakar-pakar kesihatan dan pihak yang berkaitan.
“Jawatankuasa Bebas ini akan mengesyorkan kepada Seri Paduka Baginda sekiranya pelaksanaan darurat ini dapat ditamatkan lebih awal,” jelas perutusan tersebut hari ini.
Dalam masa sama, Al-Sultan Abdullah turut perkenan Pengisytiharan Proklamasi Darurat dapat dilaksanakan ekoran situasi semasa jangkitan COVID-19 di negara ini berada pada paras amat kritikal.
Tempoh darurat yang diperkenankan adalah sehingga 1 Ogos ini atau lebih awal sekiranya angka kes hariana COVID-19 dapat dikawal.
Darurat: Agong perkenan pembentukan satu Jawatankuasa Bebas dianggotai Ahli-ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang serta pakar-pakar kesihatan dan yang berkaitan pic.twitter.com/t8m6lJO6Lf
— BERNAMA (@bernamadotcom) January 12, 2021
Sumber: BERNAMA