Connect with us

Jenayah

Disangkakan Rumah Terbakar, Rupa-Rupanya Bomoh Muda Berusia 23 Tahun Punya Angkara

Seorang pemuda telah ditahan pihak berkuasa apabila dipercayai melakukan amalan sihir di kediamannya. Difahamkan, pada mulanya kediaman tersebut berlaku kebakaran apabila ada penghuni ternampak api besar di dalam rumah itu. Setelah pihak bomba datang ternyata ‘kantoi’ segala perbuatan pemuda ini.

Menerusi sebuah posting yang dikongsikan melalui Facebook Akhi Ahmad Reedha, memuat naik beberapa foto keadaan di dalam rumah ‘bomoh muda’ itu. Posting berkenaan telah mendapat 19ribu perkongsian dan rata-rata netizen berang dengan tindakan bomoh itu.

Memetik laporan Kosmo, difahamkan, penghuni berdekatan kediaman tersebut terlihat api yang sedang marak dan segera menghubungi pihak bomba untuk memadamkan kebakaran di situ.

Sebaik sahaja pihak bomba tiba, rupa-rupanya di dalam rumah itu terdapat seorang pemuda bersama barang-barang ritual dan beberapa keping foto yang dipercayai untuk memutuskan hubungan pasangan lain.

Advertisement

Difahamkan jiran berkenaan yang pada awalnya menyangka ia kejadian kebakaran segera menghubungi bomba kira-kira pukul 1.55 pagi.

Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak bergegas ke lokasi kejadian selepas dimaklumkan berhubung kehadiran cahaya seperti kebakaran di tingkat 31 tersebut.

Beliau berkata, apabila pasukan bomba tiba, pihaknya mendapati tiada sebarang kebakaran yang berlaku.

“Pemeriksaan bersama polis di sebuah unit mendapati ada bau asap dari rumah tersebut dan kita membuka pintu dengan peralatan khas menyelamat.

“Sebaik pintu dibuka, terdapat seorang lelaki berumur 23 tahun disyaki sedang melakukan aktiviti pemujaan dan tiada sebarang kebakaran,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Advertisement

Beliau berkata, kes berkenaan kemudiannya diserahkan kepada pihak polis.

Difahamkan pada operasi itu, pihak berkuasa menemui pelbagai peralatan bagi aktiviti pemujaan seperti patung dan lilin serta beberapa gambar pasangan dipercayai bagi ritual berkenaan.

Sumber: Kosmo!, INFO KES JENAYAH, KEMALANGAN DAN BENCANA DI MALAYSIA & LUAR NEGARA, Akhi Ahmad Reedha

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel