Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad iaitu suami kepada Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan arwah isterinya yang baru sahaja selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pusu, Gombak, Selangor.
Shuib dengan nada sebak mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dan meluangkan masa mendoakan, membaca yaasin untuk arwah isterinya.
Ketika disoal wartawan tentang bagaimana keadaan anaknya. Shuib mengatakan anak-anak belum tahu akan pemergian ibunya ini.
Shuib memohon orang ramai mendoakan urusan beliau dipermudahkan bersama anak-anak selepas ini.
Shuib menjelaskan perkara paling sukar untuk dilakukan ketika ini adalah menceritakan keadaan sebenar kepada anak-anak yang menanti di rumah.
“Ini adalah cabaran kepada saya untuk maklumkan berita ini nanti kerana anak-anak masih tidur ketika saya keluar rumah tadi,” katanya.
Sepanjang perkahwinan Shuib dan Siti Sarah, Allah mengurniakan mereka 4 cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin dan yang baru dilahirkan ketika Allahyarhamah bertarung nyawa di wad iaitu Ayash Affan.
Sumber: Kosmo