Tindakan seorang wanita yang telah menjatuhkan stok telur yang diletakkan di atas sebuah motosikal secara tidak sengaja dipercayai mengundang kemarahan pihak netizen di Indonesia.
Menurut Suara Jatim ,hasil rakaman CCTV menunjukkan bahawa seorang lelaki membawa stok telur dengan menggunakan motosikal. Sebaik sahaja lelaki tersebut meletakkan motosikalnya dihadapan kedai, lelaki itu membawa masuk beberapa papan telur ke dalam premis.
tidak lama selepas itu ,kelihatan seorang wanita berjalan disebelah motosikasl tersebut dan melanggar kayu yang menampung motosikal tersebut dengan tidak sengaja. Hal demikian menyebabkan stok telur tersebut terjatuh dan bersepah di atas jalan.
Wanita itu kemudiannya masuk ke kedai dan sempat menunduk ketika berselisih dengan pemilik motosikal berkenaan. Pun begitu, ketika orang lain sedang sibuk membantu mengutip semula telur-telur yang terjatuh, wanita itu dilihat keluar daripada kedai dan terus beredar pergi tanpa usaha untuk membantu.
Reaksinya itu telah menyebabkan netizen kesal dan marah sekaligus mengecam tindakannya. Ada juga yang mendoakan lelaki tersebut agar murah rezeki dan digantikan dengan rezeki yang lebih baik.
Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada perkara itu telah diselesaikan terlebih dahulu ataupun tidak sebelum wanita itu beredar.
@verariztetap bersabar untuk bapaknya🙏🙏ini ujian…..♬ Jadi Aku Sebentar Saja – Judika
@verarizini video kelanjutannya yaaa …yg helm putih ibu2 yg nabrak telor….😔😔♬ suara asli – Natalia vera