Seorang lelaki yang memakai pakaian seragam askar didapati mencabul seorang pekerja wanita di sebuah kedai vape di Taman Keramat, Ampang semalam.
Menurut laporan Harian Metro, pada awalnya suspek datang ke kedai berkenaan untuk membeli pod. Selepas urusan membeli, dia keluar sebelum masuk semula ke kedai vape untuk memberitahu pod yang dibelinya itu tidak berfungsi.
Mangsa kemudiannya memeriksa pod itu sebelum menggantikannya dengan yang baru. Ketika itulah suspek mengambil kesempatan memegang serta menjilat tangan mangsa dan perkara ini dikatakan sendiri oleh Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak.