Siapa menyangka selepas hampir 3 bulan ditempatkan dalam pusat pemulihan, pelakon terkenal Indonesia Nia Ramadhani bersama suami tampil dengan imej bergaya di mahkamah untuk menjalani sidang pertama kes berkaitan diri dan suaminya.
Namun begitu pihak peguam bela sekali lagi menegaskan tiada unsur layanan istimewa yang diberikan kepada mereka berdua seperti dakwaan ramai.
Nia Ramadhani ditangkap dalam keadaan mengantuk kesan baru ambil syabu
Selepas ditegur kerana hadir lambat 2 jam 30 minit tiba di mahkamah dengan alasan cirit-birit, tidak sangka rupanya Tuan Hakim yang mengendalikan perbicaraan tersebut sempat memberikan sindiran lain kepada pasangan suami isteri ini. Seorang saksi (anggota polis) awalnya sempat menceritakan semula keadaan Nia yang ditangkap dalam keadaan seperti orang mengantuk dan terlalu gementar.
“Tengok keadaan dia begitu, kita tak terus lakukan siasatan. Kita tunggu Nia tenang. Mungkin fizikalnya lemah. Kami tengok kasihan. Kasihan dia banyak nangis. Nangis terus”
Nia Mengaku sering menagih syabu pada waktu pagi atau malam
Dalam pengakuan kali pertama, aktres berkenaan akui sering mengambil syabu pada waktu pagi ataupun malam. Ini sekali gus menguatkan lagi fakta mengapa dirinya ternampak seperti tidak cukup tidur dan kusut apabila diberkas sebelum ini. Mendengar perkara terbabit, Tuan Hakim malah memberikan respon perlian berbunyi “Orang pagi sarapan, dia malah nyabu”.
Jangan buat macam-macam alasan untuk menyulitkan proses pemeriksaan
Melalui laporan CNN Indonesia, mereka yang amat dikenali dengan latar belakang keluarga berada juga diberi amaran agar tidak mencuba untuk ‘suap-menyuap’ pihak tertentu demi terlepas daripada proses hukum. Apabila sekiranya ada niat sengaja mahu menyukarkan perbicaraan jenayah terbabit.
Sumber: YouTube Hana Futari, Portal CNN Indonesia, Tribun Seleb
Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI