Seorang daripada mangsa yang dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai, Ampang, ditemui selamat petang tadi.
Kejadian jam 5.30 petang itu mengakibatkan sekurang-kurangnya 15 kediaman terkesan dengan empat kediaman dikatakan tertimbus sepenuhnya, manakala baki yang lain separa terjejas.
Mangsa yang juga seorang lelaki berjaya dikeluarkan pada jam 6.54 petang itu dan mengalami cedera ringan.
Ketika ini, usaha mengesan tiga lagi mangsa sedang dilakukan.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata pihaknya juga pada masa ini sedang mengesan kemungkinan terdapat lagi mangsa lain yang turut tertimbus.
“Pada masa ini usaha menyelamatkan mangsa masih dijalankan namun kita perlu berhati-hati kerana pergerakan tanah masih berlaku di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan
Seorang lagi mangsa kejadian tanah runtuh berkenaan ditemui selamat dan berjaya dikeluarkan pada 7.53 malam.
Norazam seperti dilaporkan Harian Metro berkata, mangsa yang juga seorang wanita itu tertimbus selepas rumahnya terkena runtuhan dalam kejadian itu.
Menurutnya, operasi mengeluarkan dua mangsa yang lain sedang dilakukan ketika ini.
Sebelum ini, dilaporkan empat individu dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh membabitkan 15 rumah.
Mangsa pertama berjaya ditemukan dan diselamatkan pada 6.54 petang.
Sumber: FMT
Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video
Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI