Sehingga kini, pemergian penyanyi terkenal yang juga isteri Shuib, Allahyarhamah Siti Sarah masih meruntun hati ramai orang termasuklah mereka yang tidak mengenalinya secara peribadi.
Rata-ratanya menyifatkan pemergian arwah dicemburui dan mengagumi perubahan dirinya saban tahun yang lebih mendekatkan diri pada Allah SWT sebelum meninggal dunia.
Meskipun sudah setahun lebih arwah pergi meninggalkan kita, masih banyak kisah kebaikan Sarah yang kita dengari di media sosial termasuklah rakaman video lama.
Baru-baru ini, tular satu video di TikTok selepas ia dimuat naik oleh seorang individu di mana ia memaparkan Sarah yang sedang bercerita tentang pengalamannya diserang anxiety.
Sarah rasa nak matilah. Macam malaikat dah duduk sebelah dah. Ok masa aku dah sampai.”
Video itu meraih perhatian ramai warganet di mana rata-ratanya berkongsi tentang kisah mereka atau ahli keluarga yang melalui pengalaman yang sama.
Dalam pada itu, sesetengah individu bercakap tentang peribadi Sarah dan ada yang akui rasa seperti arwah masih lagi ada di dunia ini.
“Sarah rasa nak matilah, macam malaikat dah duduk sebelah”
Sumber: BeautifulNara
Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI
Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video
Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI