Sejak akhir-akhir ini, kerap kita dengar kes buli berlaku dalam kalangan pelajar sekolah. Boleh dikatakan setiap bulan pasti isu tersebut hangat diperkatakan di media sosial, malah turut mendapat liputan media dari masa ke masa. Ramai dari mereka yang mahu ‘tunjuk kuat’ dengan membuli mangsa yang lemah.
Terkini, muncul pula sebuah video rakaman sekumpulan pelajar mengepung mangsa dan salah seorang dari pembuli bertindak memukul dan menendang mangsa berkali-kali.
Video berdurasi 32 saat itu tersebar apabila dimuat naik oleh Twitter Malaysia Most Viral pada Jumaat lalu.
Kes buli tersebut dipercayai berlaku di salah sebuah sekolah menengah namun lokasi dan tarikh kejadian sebenar tidak dinyatakan. Menerusi video tersebut, kejadian itu seperti berlaku di sebuah tandas sekolah.
Di zaman viral ini, ramai pembuli suka merakam aksi ‘jelik’ mereka sendiri. Video itu telah dirakam oleh rakan si pembuli sambil diperhatikan pelajar lain.
Pembuli dan mangsa dilihat memakai baju sukan sekolah dan pelitup muka. Jadi, muka mereka tidak dapat dikenalpasti.
Lebih simpati, mangsa kelihatan seperti ketakutan dan tidak melawan semula walaupun dipukul dan ditendang bertubi-tubi oleh pembuli.
Sehingga berita ini ditulis, masih belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada pelbagai pihak termasuk pihak berkuasa.
Video pembuli pukul dan tendang mangsa
Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI
Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video
Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI