ISTANBUL – Turki bakal mengeluarkan kereta buatannya sendiri
menjelang 2021, menerusi jalinan usaha sama dengan lima buah syarikat, lapor
agensi berita Turki Anadolu (AA).
menjelang 2021, menerusi jalinan usaha sama dengan lima buah syarikat, lapor
agensi berita Turki Anadolu (AA).
Majlis pelancaran usaha sama itu berlangsung di Istana Presiden
dan dihadiri Presiden Recep Tayyip Erdogan; Perdana Menteri, Binali Yildirim
dan Menteri Sains, Industri dan Teknologi, Faruk Ozlu.
dan dihadiri Presiden Recep Tayyip Erdogan; Perdana Menteri, Binali Yildirim
dan Menteri Sains, Industri dan Teknologi, Faruk Ozlu.
Lima syarikat tersebut ialah – Anadolu Group, BMC, Kiraca
Holding, Turkcell dan Zorlu Holding.
Holding, Turkcell dan Zorlu Holding.
Erdogan, mengucapkan terima kasih kepada syarikat berkenaan,
atas usaha sama yang terjalin dan berjanji akan menyokong penuh usaha itu.
atas usaha sama yang terjalin dan berjanji akan menyokong penuh usaha itu.
Loading…
(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();
Beliau berharap prototaip pertama kereta buatan tempatan itu
dapat disiapkan pada 2019 dan jualan bermula pada 2021.
dapat disiapkan pada 2019 dan jualan bermula pada 2021.
“Kita akan menghasilkan kereta tempatan Turki yang pertama,
dengan reka bentuk dan teknologi terbaik untuk negara dan dunia,” katanya.
dengan reka bentuk dan teknologi terbaik untuk negara dan dunia,” katanya.
Menurut Erdogan, adalah memalukan kerana Turki berada di
belakang dalam industri pembuatan kereta, sedangkan pada tahun lepas sahaja
lebih 750,000 kereta telah terjual.
belakang dalam industri pembuatan kereta, sedangkan pada tahun lepas sahaja
lebih 750,000 kereta telah terjual.
Turki pernah menghasilkan kereta tempatan pada 1961, yang
dipanggil Devrim (Revolusi), namun projek itu gagal. – BERNAMA
dipanggil Devrim (Revolusi), namun projek itu gagal. – BERNAMA