Connect with us

Berita Lain

RUNDINGAN PAS: AZMIN DINASIHAT TERIMA KEPUTUSAN PAKATAN HARAPAN

Foto: Antarapos



SHAH ALAM – Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin
Ali dinasihatkan agar menerima pandangan dan keputusan dibuat Pakatan Harapan
berhubung kerjasama politik dengan Pas.

Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad berkata,
sebarang tindakan yang bercanggah dengan keputusan dicapai Pakatan Harapan
hanya akan menimbulkan masalah lain.
“Selagi Azmin tidak berikan kami satu penghujahan dan
penjelasan yang boleh meyakinkan kami bahawa keputusan itu (berunding dengan
Pas) adalah sesuatu yang perlu diteruskan, kita juga berhak mempunyai pandangan
masing-masing.
“Bagaimanapun, itu hak Azmin hendak beri pandangan
(berunding dengan Pas) sedemikian. Pakatan Harapan sudah buat keputusan dan ia
muktamad,” katanya.
Beliau mengulas mengenai kenyataan Azmin, bahawa tindakan
beliau untuk berunding dengan Pas adalah tepat. Ia susulan kenyataan bekas
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bersetuju hubungan PKR dengan
Pas diteruskan.
Khalid memberitahu, pandangan Azmin itu bagaimanapun tidak
akan sesekali memecahbelahkan parti yang bergabung dalam Pakatan Harapan.
“Betul atau salah itu keputusan masing-masing. Kami
berpegang pada keputusan yang telah dicapai. Kalau tidak berpegang pada
keputusan itu dan masing-masing hendak buat ikut suka, masalah lain akan
timbul.
“Azmin juga menghormati keputusan tersebut, jadi kami anggap
masalah ini selesai. Nak (teruskan) berunding dengan Pas, itu pandangan beliau.
Kita sudah berbahas dan berbincang 
hampir tiga jam, saya rasa wajarlah Azmin terima pandangan rakan-rakan
yang lain.
Majlis Presiden Pakatan Harapan sebelum ini mengekalkan
pendirian tidak akan bekerjasama dengan Pas untuk menjatuhkan BN pada PRU14.
Terdahulu, terdapat usaha daripada PKR untuk berbincang dan
memujuk Pas bagi mewujudkan kerjasama politik menjelang PRU14.
Azmin, bagaimanapun berkata, usaha dan perbincangan tersebut
merupakan inisiatif daripada PKR dan bukannya atas kapasiti Pakatan Harapan
atau komponen lain.

Pas juga menegaskan parti itu tidak akan menyertai Pakatan
Harapan, sebaliknya sedang memperkasakan blok pembangkang ketiga bagi
menghadapi PRU14. – Sinar Online

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel