Connect with us

Berita Lain

DUA DITAHAN KELUAR KENYATAAN JELIK TERHADAP SULTAN JOHOR, TMJ DI FACEBOOK


JOHOR BAHRU: Dua lelaki yang mengeluarkan kenyataan jelik
secara berasingan dalam Facebook terhadap kerabat diraja Johor ditahan di
Selangor dan Negeri Sembilan.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd berkata,
suspek lelaki pertama ditahan di Gombak, Selangor pukul 12.15 tengah hari ini.
“Suspek ini menghantar mesej berunsur jelik melalui Facebook
bertujuan menghina dan menyakitkan hati Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan
Iskandar dan Institusi Diraja Johor.
“Tindakan ini adalah susulan daripada satu laporan polis
yang dibuat pukul 11.19 pagi pada 24 Mac lalu,” katanya dalam satu kenyataan di
sini sebentar tadi.
Beliau berkata, seorang lagi suspek lelaki berusia 27 tahun
ditahan pada pukul 11.30 malam tadi di Rembau, Negeri Sembilan.
Jelasnya, suspek ditahan kerana memuat naik kenyataan jelik
terhadap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam Facebook. 
Utusan online

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel