Connect with us

Berita Lain

SAYA TURUT BERTANGGUNGJAWAB KERUGIAN FOREX – NOR MOHAMED


PUTRAJAYA: Bekas Penasihat Bank Negara Malaysia (BNM), Tan
Sri Nor Mohamed Yakcop pada Rabu berkata, memang berlaku kerugian urus niaga
mata wang pada tahun 1986 sehingga 1993.

Katanya, kesilapan telah berlaku tetapi BNM  telah mendapat pengajaran daripada pengalaman
pahit itu dan pengajaran itu terbukti amat penting dalam membantu menggubal
dasar-dasar untuk mempertahankan negara daripada serangan terhadap mata wang
dalam Krisis Kewangan Asia 1997/1998, menyelamatkan ratusan bilion Ringgit wang
negara dan jika tidak sudah pasti hilang.

Nor Mohamed, 70, yang menyertai BNM pada September 1968 dan
dinaikkan pangkat ke jawatan pengurus Jabatan Perbankan dua tahun selepas itu,
berkata beliau tidak pernah pada bila-bila masa di antara 1986 dan 1993 ada
berbincang dengan menteri kewangan dan perdana menteri mengenai transaksi
tukaran asing Bank Negara.

Beliau bagaimanapun tidak ingat jumlah kerugian atau
keuntungan dalam transaksi urus niaga mata wang pada tahun berkenaan.

“Memang tidak dinafikan. Juga tidak boleh dinafikan saya
turut bertanggungjawab bagi kerugian urus niaga mata wang. 

Saya terima hakikat
saya turut bertanggungjawab bagi kerugian urus niaga mata wang dan telah
meletakkan jawatan daripada Bank Negara Malaysia.

“Pada ketika itu, pada saya ia merupakan pengakhiran yang
menyedihkan dalam khidmat saya selama 25 tahun kepada negara, menerusi Bank
Negara Malaysia,” katanya dalam kenyataan saksi pada hari kelima prosiding
Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kerugian urus niaga mata wang atau
forex dialami Bank Negara pada 1990-an.

Nor Mohamed berkata, perkara paling penting adalah
pengalaman bertahun-tahun di unit forex telah terbukti amat berguna kemudiannya
dalam menyelamatkan Malaysia daripada kesan teruk krisis kewangan pada
1997/1998, jika tidak tentunya mengakibatkan kerugian bernilai berbilion
Ringgit Malaysia. – Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel