Connect with us

Berita Lain

DR M: CUKAI JUALAN PERLU DIPULIHKAN JIKA MAHU GST DIHAPUSKAN

Foto: Malaysiakini

KUALA LUMPUR: Cukai jualan mesti dipulihkan jika Pakatan
Harapan berhasrat menghapuskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), kata
bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurutnya, perkara ini boleh diselesaikan melalui cara yang
tidak memudaratkan rakyat dan sektor kewangan kerajaan..
“Jika kami ingin hapuskan GST, kami mesti memulihkan cukai
jualan. Tetapi semua proses yang dilakukan oleh kerajaan perlu dilaksanakan
secara berperingkat. Jika kami hapuskannya secara tiba-tiba dan kami tidak
mempunyai sumber pendapatan, ia akan memudaratkan kerajaan.
“Dahulu, dengan petroleum, ketika kami terpaksa menaikkan
harga petrol, kami melakukannya secara berperingkat supaya tidak menjejaskan
rakyat.
Dr Mahathir, yang merupakan pengerusi Pakatan Harapan,
sebelum ini mengumumkan Pakatan Harapan akan menghapuskan pelaksanaan GST dalam
tempoh 100 hari jika parti itu berjaya mengambil alih pentadbiran negara.
Dr Mahathir bercakap pada forum “Insight Talk – Saving
Malaysia: Friends and Foes” anjuran Malaysan Insight pada Rabu.
Turut hadir pada program tersebut ialah penasihat DAP Lim
Kit Siang.KUALA LUMPUR: Cukai jualan mesti dipulihkan jika Pakatan

Kit Siang. – Astro Awani

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel