Connect with us

Berita Lain

DR M: PH SUDAH ADA SENARAI CALON PM


PETALING JAYA: Dr Mahathir Mohamad mendedahkan
Pakatan Harapan (PH) mempunyai beberapa calon yang mampu menjadi perdana
menteri jika pakatan itu mengambil alih Putrajaya pada pilihan raya umum ke-14
(PRU14).
Pengerusi PH bagaimanapun enggan mendedahkan nama
individu-individu berkenaan dan parti mereka kerana bimbang mencetuskan
kontoversi.
“Kita ada beberapa calon tetapi kita tidak mahu
terlalu menonjolkan mereka kerana banyak kontroversi mungkin tercetus dan
sebagainya
“Tetapi kita mempunyai ramai yang berkebolehan di
Malaysia untuk menjadi perdana menteri,” katanya dalam temubual bersama CNBC
semalam.
Namun pendedahan Dr Mahathir itu dilihat berlawanan
dengan hasrat PKR yang sering mempertahankan bahawa hanya Datuk Seri Anwar
Ibrahim akan menjadi perdana menteri.
Ini bukan kali pertama Dr Mahathir menyatakan
perkara sedemikian, sebelum ini ketika perwakilan di kongres nasional PKR 21
Mei lalu membawa sepanduk menyokong Anwar untuk jawatan perdana menteri.
Dr Mahathir dilihat tidak memegang sepanduk “Anwar
PM ke-7”, sebaliknya hanya merakam suasana itu melalui telefon bimbitnya.
Beliau juga pernah menyatakan bahawa tidak akan
menolak sekiranya diminta untuk menjadi perdana menteri sekali lagi, tetapi
dengan syarat semua pemimpin dalam PH bersetuju.
Pada 26 Mei, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah
Wan Ismail mendakwa Dr Mahathir tidak membantah Anwar dinamakan sebagai pilihan
PH untuk jawatan perdana menteri.
Pada 13 Jun, Ketua Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang
berkeras Anwar bakal perdana menteri pilihan PH tetapi hanya akan menjadi
perdana menteri yang ke-8 bukan ke-7 kerana beliau berada di penjara dan
dilarang memegang jawatan awam selepas dibebaskan nanti melainkan diampunkan.
Ekoran percanggahan yang disiarkan melalui media
mengenai hal itu, Anwar yang sedang melalui hukuman penjara 5 tahun selepas
disabit kesalahan meliwat, mengumumkan pada 17 Jun beliau tidak bertanding
untuk jawatan tertinggi itu.
Pada 18 Julai, Dr Mahathir akhirnya berkata beliau
sanggup menyokong Anwar sepenuhnya untuk jawatan perdana menteri “jika itu yang
rakyat mahukan.”
Beliau berkata PH sedang menunggu waktu sesuai sebelum
mengumumkan pilihan perdana menteri, mengatakan ianya satu strategi yang
menggunakan “elemen kejutan” pada pilihan raya seterusnya.
Semasa bercakap dengan CNBC, Dr Mahathir yang
berumur 92 tahun itu berkata, mengumumkan senarai calon tidak sesuai masa ini,
dan pembangkang patut kekal fokus menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) di
bawah pentadbiran Najib Razak.
“Ia (menamakan mereka) akan menyebabkan ramai orang
berdebat dan mencetuskan pelbagai tuduhan palsu terhadap mereka, dan mereka
akan sibuk cuba membela mana-mana calon yang tidak akan menjadi perdana
menteri,” beliau dipetik berkata.
“Saya tidak terfikir untuk memerintah, saya hanya
fikirkan bagaimana mengalahkan Datuk Seri Najib pada pilihan raya seterusnya
dan nampaknya ramai orang memberi respons kepada apa yang saya lakukan.

“Kami yakin kami akan menang, tetapi kami harus
berdepan lelaki yang sanggup melakukan apa saja demi kuasa,” tambahnya, merujuk
kepada Najib.


— Antarapos

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel