Connect with us

Berita Lain

SUAMI MINTA MAAF ISTERI UGUT PENGUATKUASA MPSJ GUNA ‘STEERING LOCK’


Petaling Jaya ,9 September, 2017 – Wanita yang didakwa
bersikap kurang sopan terhadap seorang anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran
Subang Jaya (MPSJ) disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana membuat
ugutan jenayah.
Video mengenai kejadian pada Rabu lepas yang tular di media
sosial itu menunjukkan wanita berkenaan memarahi anggota MPSJ selepas tayar
keretanya dikunci kerana dia disyaki meletakkan kenderaannya di tempat yang
tidak dibenarkan di Jalan Puteri, Bandar Puteri Puchong, Puchong.
Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Megat Mohamad Aminuddin
Megat Alias berkata selain memarahi anggota berkenaan, wanita itu turut
mengeluarkan pengunci stering keretanya yang disyaki untuk mengugut.
“Berdasarkan siasatan polis mendapati anggota MPSJ itu telah
melihat pelekat Orang Kelainan Upaya (OKU) yang ditampalkan pada cermin kereta
wanita itu, namun suspek gagal untuk menunjukkan sebarang kad OKU sebagai bukti
dia adalah OKU.

“Selepas itu anggota MPSJ berkenaan memaklumkan kejadian itu
kepada polis dan mengeluarkan saman MPSJ atas kesalahan yang dibuat itu serta
turut menunda kereta wanita itu ke depoh tunda MPSJ di Puchong,” katanya dalam
kenyataan.


Megat berkata pada hari yang sama, suami kepada wanita
berkenaan tampil ke depoh tunda dan membayar denda tundaan sebanyak RM190.
“Suami kepada wanita berkenaan turut memohon maaf atas
tindakan isterinya yang kurang sopan,” katanya. – Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel