Connect with us

Berita Lain

Muhammad Taib Kembali Sertai Umno


KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib hari ini secara rasminya mengumumkan bahawa beliau menyertai Umno.

Pengumuman itu, dibacakan oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang media khas di Ibu Pejabat Umno, Menara Dato’ Onn.

Muhammad yang juga bekas Naib Presiden Umno itu sebelum ini pernah menyertai Pas dan PKR sebelum bertindak kembali ke ‘pangkuan’ Umno.

Muhammad atau lebih dikenali sebagai Mat Taib merupakan bekas Menteri Besar Selangor ke-11 dan menggalas jawatan itu selama hampir 12 tahun sejak 1986.

Beliau juga pernah dilantik sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah pada 2008, namun Muhammad berkhidmat dalam tempoh yang singkat, iaitu hampir dua tahun sahaja. – Sinar online

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel