Connect with us

Berita Lain

Bekas Duta Sahkan Dr Mahathir Melobi Jutaan Ringgit Untuk Jumpa Bush

Presiden Donald Trump menyambut ketibaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak di Rumah Putih, Washington 12 Sept 2017. — Foto Reuters

KUALA LUMPUR — Lawatan kerja Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Razak ke Amerika Syarikat atas jemputan Presiden Donald J Trump
seharusnya menjadi sesuatu yang diterima baik rakyat, bukannya diperkecilkan,
kata bekas duta besar Malaysia ke Amerika Datuk Dr Awang Adek Hussin.
Awang Adek berkata sebagai bekas duta negara ke Amerika,
beliau terpanggil mengulas mengenai lawatan berkenaan yang diperkecil-kecilkan
sesetengah pihak sebaliknya menyifatkannya ia sebagai satu penghormatan serta
bukti Malaysia sebuah negara kecil yang dipandang tinggi kuasa besar dunia itu.
“Pengalaman saya semasa bertugas di Washington DC, nama
Malaysia sentiasa mendapat tempat dan pandangan dunia termasuk Amerika.
“Malaysia dilihat sebagai negara berprinsip dan bebas
menyuarakan sebarang pandangan.  Sebab
itu negara besar lain juga mahu mendapatkan pandangan Malaysia.
“Ini bukti Malaysia ada tempat di negara-negara di dunia
ini, maka jemputan tersebut adalah suatu penghargaan,” katanya pada satu sidang
media di sini.
Awang Adek berkata jemputan Trump menunjukkan Malaysia
merupakan sebuah negara penting yang dihormati termasuk berhubung pendirian
Malaysia dalam memerangi keganasan dan kelantangan mengenai isu kemanusiaan
melibatkan etnik Rohingya di Myanmar.
Ia terbukti apabila dalam lawatan berkenaan, semua isu
tersebut merupakan antara isu yang dibincangkan dalam pertemuan Najib dan Trump
selain delegasi negara mendapat layanan istimewa daripada presiden berkenaan,
katanya.
Najib mengadakan lawatan kerja ke Washington DC mulai 11
hingga 13 September.
Pembangkang dan pihak tidak bertanggungjawab telah
melemparkan pelbagai tohmahan dan dakwaan palsu berhubung lawatan tersebut
termasuk mengenai status lawatan tersebut.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Awang Adek yang menjadi duta besar Malaysia ke Amerika pada
2014 hingga 2016 berkata, pada era pemerintahan Najib, Malaysia menerima dua
kali lawatan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama iaitu pada 2014 dan 2015
dan ini menunjukkan Amerika mempunyai hubungan diplomatik yang kukuh dengan negara
ini.
Katanya lawatan terakhir Presiden Amerika Syarikat ke
Malaysia sebelum itu adalah 46 tahun lalu iaitu lawatan oleh Presiden Lyndon
Baines Johnson.
Awang Adek juga menegaskan bahawa lawatan Obama dan jemputan
Trump baru-baru ini tidak didalangi oleh sebarang usaha melobi.
Awang Adek turut mengesahkan kenyataan Najib bahawa bekas
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pernah melobi jutaan ringgit untuk
bertemu Presiden George W.Bush pada tahun 2002.
“Saya ingin mengesahkan mempunyai maklumat bahawa PM yang
dulu (Tun Mahathir) ada melobi untuk mendapatkan perjumpaan dengan Presiden
Bush.
Saya tidak ingat berapa jumlahnya tetapi jutaan RM, saya
dapat maklumat daripada rakan-rakan saya, tetapi saya tidak mahu mengulangi
nama mereka yang telah meninggal dunia,” katanya.
Najib sebelum ini menempelak Dr Mahathir sebagai hipokrit
kerana melemparkan pelbagai tuduhan tidak berasas terhadapnya sedangkan bekas
perdana menteri itu sanggup berbelanja berjuta-juta ringgit untuk bertemu bekas
presiden Amerika Syarikat pada 2002.
Anak lelaki allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub
dilaporkan berkata ayahnya pernah membantu Dr Mahathir mengatur pertemuan
dengan Bush di White House dengan membayar jutaan ringgit pada Mei 2002.
Dalam pada itu, Awang Adek ketika mengulas mengenai
pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menyifatkan pelaburan
berkenaan sebagai wajar namun ia dipolemikkan sehingga mendapat pandangan buruk
rakyat.
“KWSP melabur di luar negara untuk mendapat pulangan lebih
tinggi, tindakan KWSP adalah baik.
“Sebagai pelabur kita perlu melihat negara yang boleh
membawa pulangan lebih baik, apa salahnya melabur di Amerika?

“Jika pulangan pelaburan di negara lain juga baik, kita juga
akan pergi (melabur) ke negara lain,” katanya. — Bernama 

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel