Connect with us

Berita Lain

Bomba Sahkan Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Disengajakan

Menurut Ketua Pengarah JBPM, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim (dua
dari kiri), petrol terbabit telah dicurahkan di rak tuala dan kasut serta
dinding di hadapan pintu masuk asrama di aras 3 bangunan terbabit. – Foto Astro
AWANI 



PUTRAJAYA 21 Sept. – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
(JBPM) mengesahkan terdapat dua buah silinder gas petroleum cecair (LPG)
berwarna hijau berbelang merah dijumpai di hadapan pintu masuk bilik asrama
Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang terbakar hingga mengorbankan sebanyak
23 nyawa pada Khamis minggu lalu.


Ketua Pengarah JBPM, Datuk Wan Mohd. Nor Ibrahim berkata,
hasil siasatan pihaknya mendapati kedua-dua silinder tersebut telah kosong dan
injapnya dalam keadaan terbuka.

“Pada masa sama, Unit Pengesan (K9) telah mengesan tujuh
tempat dan tujuh sampel telah diambil di hadapan pintu masuk bilik asrama
tersebut.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Dalam kes ini empat ekor anjing telah digunakan dan
kesemuanya menunjukkan ke tempat yang sama. Sampel ini telah dianalisa oleh
Pegawai Kimia di Makmal Penyiasatan Kebakaran Kuala Lumpur dan didapati empat
sampel tersebut mengandungi residu cecair mudah menyala jenis petrol,” katanya
dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Mengulas lanjut, katanya, kebakaran di pusat tahfiz tersebut
dipercayai disebabkan oleh api yang dinyalakan menggunakan petrol yang telah
dicurahkan pada rak kasut, tuala dan dinding di hadapan pintu masuk bilik
asrama tingkat tiga.
Katanya, kebakaran api marak dengan cepat disebabkan gas LPG
yang dilepaskan daripada kedua-dua silinder itu menyebabkan ianya merebak
dengan cepat ke seluruh bilik asrama.
“Berdasarkan penemuan-penemuan tersebut, punca kebakaran
adalah perbuatan sengaja dibakar,” katanya.-UTUSAN ONLINE.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel