Connect with us

Berita Lain

Kabinet Arah Bomba Siasat Piawaian Keselamatan Semua Pusat Tahfiz

Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mahu semua pusat tahfiz seluruh negara mematuhi piawaian yang ditetapkan – Foto Mohd Yusof Mat Isa/Malay Mail Online

KUALA LUMPUR, 22 Sept — Kabinet telah mengarahkan Jabatan
Bomba dan Penyelamat untuk melakukan siasatan terhadap piawaian keselamatan di
semua pusat tahfiz seluruh negara bagi memastikan kejadian kebakaran di Pusat
Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, di sini baru-baru ini tidak berulang.
Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berkata berdasarkan
siasatan itu nanti, mana-mana pusat tahfiz yang tidak mematuhi piawaian akan
diberikan tempoh untuk meningkatkan tahap keselamatan pusat masing-masing dan
jika gagal berbuat demikian, pusat berkenaan akan diarahkan tutup.
Beliau bagaimana pun tidak menyatakan tempoh yang diberikan
kepada pusat-pusat tahfiz untuk mematuhi piawaian yang ditetapkan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Sebab ini soal keselamatan anak-anak kita yang tidak
boleh kita kompromi dan saya setuju ini adalah ‘time bomb’ yang tidak boleh
kita pandang ringan.
“Ini soal nyawa anak-anak kita dan ini tanggungjawab
kita, bukan soal kuasa kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri tetapi ini
soal keselamatan, kebajikan dan lebih-lebih lagi nyawa anak-anak kita,”
katanya semasa berucap pada Majlis Sambutan Ma’al Hijrah peringkat kebangsaan
tahun 1439H/2017M di sini hari ini.
Dalam kejadian 5.15 pagi 14 Sept lalu, 21 pelajar dan dua
guru yang bertugas sebagai warden pusat tahfiz terkorban selepas terperangkap
dalam kebakaran di tingkat paling atas bangunan tiga tingkat tersebut.
Sabtu lepas, ketua polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh
Ishar Singh mengumumkan tujuh remaja berusia antara 11 dan 18 tahun ditahan
bagi membantu siasatan berhubung kes kebakaran berkenaan.
Najib berkata, peristiwa yang berlaku kepada pusat tahfiz
tersebut adalah sesuatu yang amat menyedihkan dan kejadian itu masih menghantui
fikirannya sehingga ke hari ini.
“Saya tidak dapat percaya bahawa ada remaja dalam
belasan tahun boleh merancang perbuatan jenayah yang begitu teliti sehingga
menyebabkan 21 pelajar tidak berdosa maut serta dua orang guru terkorban.
“Apalah dosa mereka? Takkan lah bergaduh sebab futsal
boleh berlaku jenayah ini. Inilah yang menghantui fikiran saya,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu, isteri perdana menteri Datin
Seri Rosmah Mansor, menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir
Baharom serta beberapa menteri kabinet. — Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel