Sunday, November 16, 2025

Ngeri! Pemandu Maut, Badan Terputus Dua dalam kemalangan

September 22, 2017
1 min read

PORT DICKSON – Seorang pemuda maut selepas kereta yang dipandunya terbabas di kilometer 20 Lebuhraya Seremban Port Dickson (SPDH) arah Seremban ke Port Dickson sekitar jam 4.30 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitendan Zainudin Ahmad berkata, mangsa yang maut, N Anathan, 27, maut di tempat kejadian selepas badannya putus dua daripada paras pinggang ke bawah dan putus kaki sebelah kiri.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Menurutnya, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta jenis Mitsubishi Lancer yang dipandu si mati berada di lorong kanan telah hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan dan melanggar besi penghadang jalan dan berpusing kemudian melanggar pembahagi tengah lebuh raya.

“Kemalangan itu menyebabkan si mati yang memandu bersendirian tercampak keluar daripada keretanya.

“Lokasi kemalangan merupakan jalan lurus, dua lorong arah yang sama.

“Kerosakan kereta tersebut adalah remuk bahagian hadapan, sebelah tepi kanan dan belakang,” katanya.

Zainudin berkata, mayat si mati di bawa ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat.
“Kes disiasat di bawah  Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya – Sinar Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Dua Pelancong Maut Lemas di Pantai Cenang, Usaha Orang Awam Gagal Selamatkan Mangsa

LANGKAWI – Kegembiraan sekumpulan pelancong menikmati keindahan Pantai Cenang bertukar tragedi apabila

Misi Selesai: Helikopter Bomba Bawa Turun Jenazah Mustaqqeem Dari Gunung Liang Petang Tadi

IPOH: Jenazah Mustaqqeem Mansoor yang ditemukan di Gunung Liang, dekat Tanjong Malim